1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni agar dapat disalurkan kepada murid.
2. Memastikan undang-undang dan prosedur sekolah dikuatkuasakan.
3. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.
4. Memupuk dalam diri setiap murid sikap adil dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna dan menghormati bahawa adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
5. Memastikan dan menyelaras segala program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna.
6. Menimbulkan minat murid-murid belajar dalam suasana yang gembira dan ceria.
7. Memastikan semua murid dapat belajar dalam keadaan yang sempurna dari segi makanan, kewangan, kesihatan, keperluan sekolah dan sebagainya,
8. Memupuk kerjasama yang erat, kemesraan yang positif diantara guru, murid serta ibubapa melalui permaufakatan pendidikan sekolah