LAWATAN PKMI 2

TARIKH :18 NOVEMBER 2011

Satu rombongan PKMI 2 dari Palembang telah melawat ke SK (L) Methodist dengan tujuan saling berkomunikasi dan saling menukar idea dalam bidang akademik dan bidang kokurikulum. Pihak sekolah menyambut kedatangan rombongan sekolah tersebut dengan berbesar hati dan berharap bahawa lawatan ini akan mendatangkan manfaat kepada semua guru dan murid sekolah-sekolah tersebut.


RIMUP 2011


Program RIMUP merupakan satu program yang berobjektif menjalin dan merapatkan hubungan antara murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa di sekolah, seterusnya menyahut konsep 1 Malaysia. Tiga orang guru dan murid-murid dari SJK(C) Jln Davidson telah dijemput untuk meraikan bersama program tersebut. Pihak sekolah ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah berganding bahu untuk menjayakan program RIMUP ini.

Last Updated ( Friday, 18 November 2011 03:46 )