Laporan


Tarikh : 02 Julai 2011

Tempat : Padang SMK Victoria, Kuala Lumpur

Para peserta mendaftar di tapak perhimpunan SK(L) Methodist pada 7:00 pagi. Para peserta diberi nombor giliran. Tepat jam 7:15 pagi, para peserta bertolak ke padang SMK Victoria. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Daerah Wilayah Bangsar/ Pudu, En. Jamaluddin bin Abdullah. Peserta dilepaskan oleh beliau pada jam 8:10 pagi. Para peserta berlari melalui Jalan Stadium dan seterusnya memasuki Jalan Hang Jebat dan memasuki perkarangan SK (L) Methodist pada jam 8:20 pagi. Para peserta dibenarkan untuk berehat. Kemudian, aktiviti Kendalian Sekolah dijalankan, iaitu termasuk Pertandingan Mewarna (Tahun 1,2,3), Aktiviti Lari Dalam Guni (Tahun 4), Aktiviti Sepak Penalti (Tahun 5) dan Aktiviti Baling Tin (Tahun 6). Majlis penyampaian hadiah diadakan pada jam 11:30 pagi untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi aktiviti-aktiviti tersebut. Program 1Murid 1 Sukan 1 Malaysia berjalan dengan lancar atas kerjasama semua pihak.

Gambar Kenangan



Last Updated ( Sunday, 25 September 2011 05:40 )