LAPORAN MESYUARAT PIBGSK(L) METHODIST, JALAN HANG JEBAT, KUALA LUMPUR

BIL. 3(2010/2011) 

Tarikh           : 29 APRIL 2010

Masa             : 2.00 ptg

Tempat          : Bilik Media 

Laporan Sekolah 

-Pihak sekolah akan mengadakan program peningkatan bahasa Malaysia dan Matematik untuk murid-murid kelas B yang lemah dalam mata pelajaran tersebut.

 

-Kelas Tambahan Tahun 6 akan dijalankan pada Hari Sabtu(kelas 6B) dan hari Ahad (kelas 6M)

 

-Lawatan sambil belajar ke Melaka dan Kem Waja Diri telah dipinda ke bulan Julai atas perjalanan PKSR 1 yang ditetapkan oleh JPWPKL.

 

-Murid kelas B yang mencapai prestasi yang baik dalam PKSR 1 akan dinaikkan ke kelas M maka murid M yang tidak mencapai prestasi akan diturunkan ke kelas B.

 

Laporan Kedudukan Kewangan  

-Baki akaun PIBG sehingga bulan Mac adalah RM 56,610, 14.

                                                                       

Laporan PIBG

-Guru-guru dan ibu bapa sekolah ini telah mengendalikan sukan sekolah dengan amat baik. En. James berasa gembira untuk melihat keadaan tersebut.          

-Akhir bulan Mei (30/5/2010) merupakan tarikh tutup untuk pengeluaran dan penerimaan surat sumbangan. YDP berharap agar surat ”To Whom It May Concern” dapat dikurangkan tetapi harus dicatatkan nama syarikat atau orang-perseorangan. 

-YDP mengatakan bahawa beliau mendapat aduan daripada ibu bapa tentang program mengambil suhu badan murid dan pemberian sanitizer. Beliau mencadangkan agar program tersebut diteruskan sehingga minggu ketiga bulan Mei sebagai maklum balas kepada surat pekeliling KPM bertarikh 15 April 2010. 

Keputusan Mesyuarat 

-Mesyuarat membuat keputusan untuk membeli televisyen LCD berjenama Samsung yang berharga RM 1599, pemain DVD berjenama LG yang berharga RM 299.

 

-Mesyuarat bersetuju untuk memasangkan kipas di dataran ilmu. Pn. Susie meminta kerjasama En. Rodzi dan En. Azman untuk mendapatkah sebut harga bagi pemasangan kipas tersebut.  

-Setelah berbincang dan mendapat persetujuan daripada semua AJK, En. James menetapkan target jualan untuk semua AJK PIBG dan setiap kelas seperti berikut:

Target Kupon

Target kupon Kelas  B   : RM 1000

Target kupon Kelas M   : RM 1500

AJK PIBG- guru            : RM 3000 (10 orang)

AJK PIBG -Ibu bapa     : RM 700 seorang 

Target Kad Walkaton

Target Kelas  B            : RM 1000

Target Kelas M            : RM 1500

20 guru sekolah            :  RM 100 seorang

AJK PIBG- guru          : RM 100 seorang

AJK PIBG -Ibu bapa   : RM 500 seorang

Penetapan target tersebut dipersetujui oleh semua AJK.

                                   

Last Updated ( Monday, 10 May 2010 10:03 )